Monday, September 21, 2015

Nukilan berhikmah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan seterusnya kepada sahabat-sahabat muslim yang dikasihi sekalian. Moga DIA redha dan Moga menjadi satu bonus untuk diri di akhirat kelak. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , kekasih Allah S.W.T yang merupakan manusia yang termulia yang telah banyak berkorban demi umatnya, sehinggalah sampainya Islam kepada kita. Betapa mulianya baginda, sehingga baginda adalah sebaik-baik idola, tauladan dan contoh yang terbaik kepada kita umat islam, hamba kepada Rabb yang satu. Tiada perkataan yang mampu dicoretkan untuk menggambarkan betapa besar pengorbanan dan jasa Rasulillah S.A.W dan betapa mulia peribadi dan akhlak Baginda. Ya Salam. Moga diakhirat kelak kita mampu berhimpun bersama-sama Baginda dan pewarisnya para ulama' untuk mengetuk pintu syurga :') .



Suka kali ini untuk saya bercerita tentang Ujian. Tentang memandang setiap apa yang berlaku punya hikmah yang tersendiri. Mungkin ia juga merupakan kafarah dari dosa silam. Contoh apabila diri diuji dengan kesakitan, mungkin saat itu Allah sedang mengingatkan kita untuk sentiasa mengingatiNYA, mungkin apabila melalui kesakitan kita akan tahu apa itu erti bersyukur, mungkin ia juga merupakan kafarah dosa yang lalu. Contoh apabila kita sakit mata, mungkin mata ini dahulunya sentiasa melihat perkara-perkara maksiat. Begitulah... ajar diri untuk sentiasa bersangka baik terhadap Allah S.W.T. Kadang kala memang bukan mudah untuk sentiasa bersangka baik, akui hakikat diri sendiri yang kadang kala lemah, dan kerana itu perlunya sahabat yang sentiasa memberi semangat dan mengingatkan kita tentang hikmah dalam ujian. Kerana kita hanya manusia yang memang tidak terlepas dari sifat lupa, lemah, sedih, membuat kesilapan. Kerana kita hanya manusia biasa tetapi ia bukanlah satu tiket untuk  kita tidak mencuba.



Rancangan Allah itu lebih baik dari apa yang telah kita aturkan. Walaupun ia tidak menjadi seperti apa yang telah kita aturkan, tetaplah teruskan perjalanan, berjuang dan berdoa sehingga kita terfikir bahawa " Ya ! Memang Allah telah tetapkan yang terbaik untukku"

No comments:

Post a Comment