Tuesday, September 29, 2015

Hakikat Sebuah Perjalanan Hidup

ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah , syukur ke hadrat ALLAH , selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih memberi nikmat iman , islam , hidup dan banyak lagi nikmat-nikmat yang DIA beri kepada hamba-hambaNYA dalam keadaan kita sedar dan tidak sedar . Maha Suci ALLAH , DIA sangat pemurah :')
Sahabat-sahabatku , berubah itu mudah . Siapa-siapa pun mampu berubah , tetapi harus ingat  ! Untuk istiqamah tidak semudah yang disangkakan . Diri harus benar-benar kuat , iman perlu benar-benar teguh. Mintalah dengan ALLAH sentiasa dalam setiap doa dan sujudmu agar ditetapkan hatimu dijalan yang DIA redha .Hakikat sebuah perjalanan menuju redha ALLAH itu sukar , kerana pengakhiran itu serba indah . Apa-apa sahaja perkara yang baik , pasti akan ada halangan kerana disitu DIA dapat menguji kekuatan iman dan kesungguhan kita dalam merebut redhaNYA . 

Monday, September 28, 2015

Tangisan Jiwa
 


Ya Allah.
Kepada-Mu aku bersimpuh..
Memohon keampunan..
Kerana Engkau yang lebih arif akan kelemahan hamba-Mu ini..
Tiada daya upayaku Ya Allah..
Pandulah aku ke jalan yang Engkau redha..
Kebutaan hati ini membuat segala pandangan kehidupan penuh kesilapan..
Ya Allah.
Tabahkan hati untuk menghadapi ujian dan dugaan yang diberi.
Tabahkan hati dengan mehnah dunia yang tiada sudah.
Fitnah yang menghujan tanpa henti.
Engkau yang lebih arif akan kesahihan sesuatu perkara.

Ya Allah.
Jangan Kau biarkan aku terperangkap dengan bayangan dosa silam sehingga aku keletihan dalam permainan yang tiada sudah ini..
Bukalah mata hati ini untuk sentiasa melihat kebaikan dan kebenaran.
Singkaplah aku Ya Allah agar dapat aku melihat hakikat sebenar.

Ya Allah
Kuatkanlah hamba-Mu ini dalam menghadapi ujian kehidupan
Kuatkanlah diri ini untuk terus bermujahadah menentang nafsu durjana
Tiada daya upayaku melainkan hanya dengan pertolongan rahmat kasih sayang-MU

Wahai jiwa , jangan mudah lemah dan menangis dalam kehidupan, tabahlah , bersangka baiklah, yakinlah bahawa pertolongan ALLAH akan ada dengan jalan yang tiada disangkakan.

Di sebalik kesedihan ada kegembiraan, di sebalik kegembiraan ada kesedihan. Kesetiaan dan keteguhan alam yang membawa kita silih berganti kepada siang dan malam , malam ke siang ke arah kehidupan yang lebih baik hari demi hari sudah cukup membuktikan Allah itu adil . 

Tidak di namakan sebagai manusia jika tidak d sapa mehnah ujian. Sedangkan para nabi terdahulu jauh lebih berat ujian , Junjungan Besar kita, Rasulullah S.A.W,  kekasih Allah sendiri tidak henti-henti di hujani ujian, apatah lagi kita yang hina ini. Bersabarlah . Tidak akan adanya pelangi tanpa hujan membasahi bumi terlebih dahulu . Semakin dekat kita dengan ALLAH , semakin berat ujian yang menyapa . Maka jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu . 

Ingatlah, ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-Nya, melainkan hambaNya yang menzalimi dirinya sendiri dengan kejahilan dan kemaksiatan.

Didiklah jiwa dan sekeping hati itu dengan kebaikan, ketabahan dan keyakinann terhadap ALLAH yang tiada batasnya ~

Ajar hati untuk sentiasa bersangka baik terhadap manusia dan ALLAH SWT

Yakinlah , semuanya akan baik-baik sahaja :)

Tuesday, September 22, 2015

Biarkan Hati Bercerita

Assalamualaikum...




 Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.


Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.
Entah kenapa saat ini , hati ini, jari jemari ini bergerak untuk mengimbau kenangan lalu. Ya Rabbi, cepatnya masa berlalu meninggalkan segalanya, dan yang tinggal hanya kenangan, Usah di tanya ada apa pada kisah silam , tetapi cukup di nyatakan ia hanya kenangan yang tidak mahu aku ulangi . 
 
Tapi sering kali ia menyapa mengingatkan aku tentang kealpaan aku terhadap Rabb yang satu . Kenapa ? Mengapa ia hadir , hanya Allah yang mengerti . Sebaknya hati ini tatkala mengingatkan kejahilan lampau. Betapa besarnya keagungan Dia , kebesaranNya, sehingga aku menjadi siapa aku pada hari ini . Tetapi harus aku kuat untuk jalani kisah ini sehingga detik roh berpisah dari jasad.

Aku bermonolog sendirian, siapakah aku sekarang ini jika aku belum tersedar dari kejahilan yang menjatuhkan ? Siapakah aku saat ini seandainya hati ini tidak terketuk oleh hidayahNYA . Siapakah aku saat ini jika aku masih jauh di bumi sarawak suatu masa dahulu.
 
Betapa indahnya perancangan DIA, betapa cantiknya ketentuan DIA . Penuh rahsia, penuh hikmah . Menitis air mata mengingatkan setiap detik kenangan silam , menangis kerana mengingatkan kebesaranNYA . Subhanallah , alhamdulillah . 


Laju jari jemari ini menari di atas papan keyboard ini, meluahkan apa yang terasa di hati sehinggakan tidak mampu untuk bibir ini berkata-kata . Setiap wajah yang pernah berada dalam kehidupan silamku, tidak pernah aku lupakan . Kadang-kadang tertanya..... kemanakah mereka ? apa yang mereka sedang lakukan ? adakah mereka seperti yang dahulu lagi ? Aku memohon kepadaMu Ya Rabb, lindungi mereka . Suntiklah hati2 mereka untuk menerima hidayahMu sebagaimana Kau izinkan aku menerima secalit kasih sayangMu . 


Ku kongsikan bersama-sama kalian tentang apa yang ku rasa untuk mengajak kalian bersama-sama memikirkan kebesaran dan kasih sayangNya yang tiada berbelah bahagi . Tetapi sayangnya , kita yang menyombong diri , angkuh !! Walhal kita amat memerlukanNYA . Ada apa pada dunia ? Melainkan hanya tipu daya , keseronokan yang bersifat sementara . Allah Allah Allah !! Selamatkan dunia ini daripada tipu daya syaitan dan musibah yang berpanjangan . Matikan kami dalam nikmat islam dan keimanan , matikanlah kami dalam keadaan bertakwa kepadaMu dengan sebenarnya takwa . Allahumma Amin .

Cepatnya masa berlalu meninggalkan segala cerita. Yang tinggal hanyalah kenangan . Pergilah segala derita, datanglah bahagia . Nyah lah segala kegelapan , berikan aku cahaya yang menyinar.........

Selamat Tinggal wahai diri yang angkuh . Selamat datang diri yang menjadi hamba kepada Pencipta yang satu . 

Aku lepaskan segalanya demi kebahagiaan di sana . Aku berlari meninggalkan semuanya demi menggapai keredhaanNYA ~

Monday, September 21, 2015

Nukilan berhikmah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T Pemilik Seluruh Alam, Pemilik Segala Cinta, Pemilik Segala isi di dunia. Tanpa izinNYA, tidak mungkin terhasil bait-bait ayat yang terlakar di laman blog ini dan moga ia mendatangkan manfaat untuk diri sendiri khususnya dan seterusnya kepada sahabat-sahabat muslim yang dikasihi sekalian. Moga DIA redha dan Moga menjadi satu bonus untuk diri di akhirat kelak. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , kekasih Allah S.W.T yang merupakan manusia yang termulia yang telah banyak berkorban demi umatnya, sehinggalah sampainya Islam kepada kita. Betapa mulianya baginda, sehingga baginda adalah sebaik-baik idola, tauladan dan contoh yang terbaik kepada kita umat islam, hamba kepada Rabb yang satu. Tiada perkataan yang mampu dicoretkan untuk menggambarkan betapa besar pengorbanan dan jasa Rasulillah S.A.W dan betapa mulia peribadi dan akhlak Baginda. Ya Salam. Moga diakhirat kelak kita mampu berhimpun bersama-sama Baginda dan pewarisnya para ulama' untuk mengetuk pintu syurga :') .