ASSALAMUALAIKUM
Bismillahirrahmanirrahim
. Alhamdulillah , syukur ke hadrat ALLAH , selawat dan salam ke atas
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana masih memberi nikmat iman ,
islam , hidup dan banyak lagi nikmat-nikmat yang DIA beri kepada
hamba-hambaNYA dalam keadaan kita sedar dan tidak sedar . Maha Suci
ALLAH , DIA sangat pemurah :')
Sahabat-sahabatku
, berubah itu mudah . Siapa-siapa pun mampu berubah , tetapi harus
ingat ! Untuk istiqamah tidak semudah yang disangkakan . Diri harus
benar-benar kuat , iman perlu benar-benar teguh. Mintalah dengan ALLAH
sentiasa dalam setiap doa dan sujudmu agar ditetapkan hatimu dijalan
yang DIA redha .Hakikat sebuah perjalanan menuju redha ALLAH itu sukar ,
kerana pengakhiran itu serba indah . Apa-apa sahaja perkara yang baik ,
pasti akan ada halangan kerana disitu DIA dapat menguji kekuatan iman
dan kesungguhan kita dalam merebut redhaNYA .
Apa pun perkara yang baik
pasti akan ada rasa malas , tidak suka dan pelbagai perasaan negatif .
Itu semua hasutan dan tipu daya syaitan agar dapat menyesatkan kita dan
sekaligus mengheret kita di lembah kehinaan bersamanya . Adapun segala
perkara yang berbentuk kejahatan , yang mampu mendatangkan murkaNYA akan
dipenuhi dengan hiburan , rasa suka untuk melakukannya , rasa gembira ,
kerana itulah tipu daya dan muslihat yang ALLAH beri kepada
hamba-hambaNYA . Jika kita meletakkan dunia di hati kita maka mudahlah
untuk kita tewas dalam perjalanan menuju kepadaNYA , nauzubillahminzalik
.
Ku
akui hakikat diri yang juga lemah :( , tidak bermakna diriku yang
berkata-kata ini sudah sempurna , hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang
mengetahui . Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu
membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan
nampak kita sentiasa tabah ,tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui
sejauh mana ketabahannya :) Apa yang terzahir tidak semestinya benar .
Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL .
Dalam perjalanan ini , kita pasti akan diuji . Semakin kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH , semakin berat ujian yang akan hadir . Kadang-kadang ujian itu hadir jua tanpa kita sedar . Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri . Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri . Tanpa kita sedar , ujian juga mampu mematangkan kita .
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.W.T kenapa kita diberi ujian yang berat sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita harus mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita :'(Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar , ingatlah bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Allah
telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan
sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita
kuat dalam menghadapi ujianNya . Jadi mengapa harus kita mengalah dalam
perjalanan menuju redhaNYA ?
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bisikkanlah pada hati , andai kita yakin hidup ini hanya sementara , jadi mengapa kita merasa yang setiap musibah itu akan berlarutan selama-lamanya ?
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bisikkanlah pada hati , andai kita yakin hidup ini hanya sementara , jadi mengapa kita merasa yang setiap musibah itu akan berlarutan selama-lamanya ?
No comments:
Post a Comment